PENGANTAR PENULISAN SBLM1023
Thursday, January 12, 2017
gunung baling
Keindahan alam ciptaan Ilahi menyimpan seribu satu rahsia untuk manusia jelajahi dan belajar
Selamat Datang ke Gunung Baling
Gunung Jerai di gurun kedah,Gunung Bintang di sedim kedah dan Gunung bubu di kuala kangsar perak adalah antara gunung yang pernah saya daki. Setiap gunung mempunyai kisah dan keunikan yang tersendiri. Keindahan flora dan fauna yang memukau mata setiap “hikers” menjadikan para pendaki tidak jemu untuk mendaki lagi. Ada yang mengatakan “alah dari mendaki gunung lebih baik duduk di rumah saja”. Tetapi bagi pendaki gunung ungkapan seumpama itu tidak mematahkan semangat kental bagi meneroka puncak tertinggi gunung.
Gunung baling juga antara gunung yang pernah saya daki. Gunung baling terletak di baling kedah dengan ketinggian hanya 420 meter dari aras laut. Gunung baling mempunyai keunikan tersendiri di mana pemandangan 360 darjah amat memukau mata pendaki.
Pengangkutan
Anda boleh memandu sendiri ke kaki Gunung Baling kerana di kaki gunung baling terdapat tempat meletak kenderaan yang luas dengan kemudahan tandas. Jarak perjalanan dari pekan baling hanya memakan masa l/kurang 5 minit sahaja
Sebelum Pendakian
Sebelum mendaki jangan lupa senaman panaskan badan. Pastikan anda memilih pakaian yang sesuai kerana anda semua mesti tidak mahu mengalami kecederaan semasa mendaki kerana trek di Gunung Baling Agak licin terutamanya pada hari hujan. Pastikan kasut yang di pakai adalah dari yang jenis tahan lasak. Kasut yang saya gunakan adalah dari jenis getah dan boleh di beli di kedai yang berada di pekan baling dengan harga bermula dari rm 6.00 ke rm 10.00
Semasa pendakian
Masa pendakian bergantung kepada individu. Ada sesetengah mendaki seawal jam 3 pagi dan ada pula yang mendaki pada jam 9 pagi. Bagi kebanyakan orang yang baru mencuba untuk mendaki gunung baling ini, masa perjalanan adalah di antara 2 setengah jam hingga 3 jam bergantung kepada stamina masing masing. Jadi sebelum memulakan pendakian pastikan stamina adalah cukup bagi mengelakkan tersandar di tengah perjalanan. Hendaklah membawa bekalan air yang mencukupi bagi mengelakkan dahaga kerana di sepanjang treck Gunung Baling tidak terdapat punca air untuk di minum. Sepanjang pendakian anda akan melihat keindahan flora dan fauna di mana terdapat pelbagai jenis pokok yang ada di sepanjang treck. Juga terdapat sebuah gua yang di namakan Gua Kambing bagi penduduk setempat. Bagi penggemar fotografi amatlah di galakkan untuk datang ke gunung ini kerana anda pasti tidak kecewa.
Keindahan ilahi
Apabila sampai di puncak adalah yang paling menggembirakan para pendaki. Segala penat lelah mendaki selama 2 jam hilang sekelip mata apabila melihat keindahan yang memukau mata memandang. Keunikan gunung baling adalah kerana gunung ini seperti di potong separuh. Menurut cerita orang dulu dulu, Gunung Baling ini sebenarnya adalah gunung berapi. Akan tetapi telah lama tidak aktif dan akhirnya telah di tutupi oleh pokok pokok. Ada juga pendapat yang mengatakan gunung baling ini terjadi akibat hakisan air di bawah tanah yang menyebabkan separuh dari gunung ini terjatuh ke bawah. Apapun hanya Maha Pencipta sahaja yang mengetahui rahsianya.
Tips:
Hati hati semasa mendaki kerana treck yang licin dan berbatu.
Sentiasa menjaga stamina yang tinggi semas amendaki.
Digalakkan dating pada hari minggu kerana orang lebih ramai dari hari biasa
Apa lagi? Jom mendaki……..
ulasan polis evo
ULASAN FILEM POLIS EVO
PENGENALAN
Polis Evo mengisahkan seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka
Pengarah Polis Evo,, Ghaz Abu Bakar menjadikan negeri Terengganu sebagai tempat penggambaran untuk Polis Evo ini. Terengganu merupakan salah satu negeri pelancongan di Malaysia yang cantik dan masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan tradisional dan perkampungan nelayan. Penggambaran yang dilakukan sekitar perkampungan nelayan dan juga menjadi kampung kelahiran bagi Inspector Sani sangatlah cantik dengan permandangan laut dan perkampungan. Ditambah pula dengan latar dialek tempatan dengan penggunaan loghat Terengganu, watak tempatan dan pemaparan budaya Melayu dalam beberapa babak. Harus diakui dialek Terengganu antara dialek yang agak sukar ditiru oleh pelakon bukan lokal, tetapi dalam filem ini berjaya menyampaikan persembahan secara minimal tanpa memperlekehkan Melayu luar bandar (seperti kebanyakkan filem tempatan lain) tetapi mengangkat karekter-karekter ini kepada satu bentuk frasa ‘ketenangan’ dan ‘alternatif’ terbaik bagi orang kota untuk saling mengenali. Filem ini juga mengambil pendekatan membuat pengasingan dialek bagi watak antagonis (dengan dialek Terengganu Utara, yang berbaur Kelantan) dan watak protagonist (dengan dialek Terengganu standard) yang mana ia sangat relatif kepada aspek geografi yang dipaparkan di dalam skrip.
Filem yang ditayangkan selama dua jam ini, mempunyai pengisian yang boleh dikatakan aga padat dan pantas. Konflik yang dipaparkan juga tidak terlalu rumit dan senang difahami, terutama bagi penonton kanak-kanak. Dalam Polis Evo, pengarah cuba menyampaikan bidang kerjaya seorang anggota polis yang cuba membenteras jenayah dan dengan menggunakan kenderaan utama yang menjadi kebanggaan anggota PDRM dan Malaysia iaitu Mitsubishi Evo. Dan kenderaan ini juga dijadikan sebagai tajuk utama filem ini ‘Polis Evo”. Polis Evo ternyata tidak mengamalkan ‘preaching storyline’ bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada penonton tetapi ia lebih bersifat menguji perhatian penonton terhadap isu jenayah dan sosial menerusi subtle text dan plot berdasarkan ‘clue by clue’ dan bukan hanya rangkuman hipotesis. Naratif yang kuat ada pada Polis Evo berjaya mengangkat filem kepolisan ini kepada standard ‘feel good movie’.
Adegan-adegan dalam Polis Evo disusun dengan logik bagi tidak mencacatkan filem seperti yang dilakukan kebanyakkan filem-filem lain Malaysia. Namun begitu, terkadang terdapat juga babak-babak yang agak tidak logic berlaku tanpa disedari oleh pengarah dan ini disedari oleh penonton dan hal ini sedikit sebanyak dapat mencacatkan filem. Menghormati penonton adalah satu sifat jujur pengarah yang jarang ada dalam filem tempatan kini dan ia sangat dihargai. Pengarah tidak boleh sambal lewa berbuat itu ini dan berharap penonton sama ada cukup bodoh untuk tidak menyedarinya atau memaafkan sahaja kesilapan tersebut. Contohnya seperti dalam babak Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) menumbuk-numbuk dinding hospital kerana marah apabila mengetahui adiknya diculik penjahat. Perlakuan itu diperhatikan oleh salah seorang jururawat yang senag bertugas di situ yang seperti tidak setuju dengan perbuatan tersebut tetapi dia tidak berani melarang. Walaupun babak ini kecil, tetapi memberi signifikan dan agak kurang menghormati intelek penonton terhadap isu bahawa perlakuan sebegitu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dilakukan oleh seorang anggota polis dan di sebuah Hospital.
Dalam memastikan filem yang dihasilkan mencapai box office, pemilihan pelakon amatlah penting. Contohnya pemilihan Saheizy Sam dan Zizan Razak serta Nor Danish. Ketiga-tiga pelakon ini amat memenuhi kehendak Ghaz kerana pandai memainkan peranan dan watak masing- masing. Nora Danish, memang merupakan seorang pelakon yang serba boleh dan ramai peminat. Dalam filem ini Nora bercakap dalam dialek Terengganu dan didengar agak tidak janggal seperti dia pernah berbacakap dalam dialek Terengganu. Manakala memang tidak sukar bagi Zizan untuk bercakap dalam dialek Terengganu kerana dia sendiri adalah orang Terengganu.
Sementara Saheizy Sam pula memang terkenal dengan machonya, dan dapat melakonkan watak apa sekalipun yang diberikan kepadanya. Dan tidak hairanlah bila dia memenangi Pelakon Paling Popular setiap tahun. Pemilihan A. Galak yang memegang watak sebagai pegawai kepada Inspektor Khai adalah satu pilihan yang tepat kerana A. Galak adalah pelakon tetap dalam drama Gerak Khas dan secara tidak langsung beliau sudah kenal dan memahami selok belok dalam genre kepolisan.
Terdapat ramai pelakon berkarekter yang menyerikan filem ini dengan membawakan watak polis dan antagonis. Husyairy Hussain (Bunohan, Tersasar Di Jalanmu) membawakan watak kepala penjahat memberi lakonan yang berjaya memperkuat jalan cerita manakala lakonan pelakon baru Pablo Amirul (Sniper) sebagai Jimbo sebenarnya wajar diberi perhatian. Pelakon –pelakon yang membawa watak keluarga Inspektor Sani (Kamaliah Mat Dom & Eyka Farhana) juga berjaya menonjolkan chemistry yang baik. Biarpun sekadar cameo, lakonan pemenang FFM yang lalu, Amerul Affendi berjaya mencuri tumpuan cuma sayang watakknya tidak dikembangkan. Filem ini juga menampilkan lakonan kali terakhir seniman Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar, dan seperti biasa lakonannya menghiburkan.
Ghaz bijak memanipulasi elemen-elemen dalam filem ini dengan memasukkan elemen Hollywood untuk menarik penonton bagi segenap lapisan umur. Adegan tembak menembak dan kejar mengejar pastinya akan mendapat perhatian dari golongan kanak-kanak dan juga remaja. Sebagai seorang pengarah yang berpengalaman beliau semestinya tahu tingkat hiburan yang dikehendaki orang ramai pada masa ini dan selera penonton Malaysia yang mahukan filem-filem trill seperti Polis Evo ini.
Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kesilapan semasa membikinkan Polis Evo seperti Inspektor Sani yang bertugas di kampung sendiri yang menampakkan sedikit pelik kerana secara hakikinya seseorang anggota polis itu akan ditugaskan ditempat yang tidak dikenali bagi megelakkan bias.
Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam locker. Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai pada realitinya mempunyai bilik pejabat mereka tersendiri. Inspektor Khai adalah seorang detektif yang membantu tugas Inspektor Sani sudah pasti beliau tidak memerlukan locker untuk menyimpan baju seragam.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Polis Evo memiliki kebanyakan elemen hiburan yang telah ditetapkan seperti adegan polis mengejar penjahat, berbalas tembakan, kereta meletup, pergaduhan, komedi dan juga elemen cinta yang ringan. Polis Evo boleh dikatakan sebuah filem aksi yang boleh dibanggakan. Penampilan Zizan Razak dan Sam juga dikatakan memiliki bentuk fizikal yang sesuai sebagai karekter seorang polis. Secara peribadi kita boleh terhibur dengan filem Polis Evo, dan ia amat sesuai di tonton oleh pelbagai peringkat umur.
ulasan komunikasi
JURNAL KOMUNIAKSI
HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA.
PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi dikalangan pekerja. Tujuan komunikasi organisasi adalah untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat pada waktu kepada ahli-ahli dalam organisasi supaya meningkatkan prestasi organisasi. Menurut Pincus (1986), komunikasi ke atas, mendatar dan komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang kuat dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ke atas diperlukan pihak atasan supaya cadangan daripada pekerja bawahan dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan organisasi. Maklumat yang benar dan tepat pada waktu daripada pekerja bawahan juga dapat membantu pihak atasan menyelesaikan konflik organisasi dan membuat keputusan yang tepat dalam menjalankan organisasi. Komunikasi kebawah juga diperlukan oleh pekerja bawahan supaya mendapat maklumat yang tepat dan jelas tentang tugas untuk melaksanakan tugas organisasi dengan berjaya.
Komunikasi adalah merupakan aspek dan elemen penting dalam kefungsian sesebuah organisasi. Keberkesanan komunikasi dan keberkesanan organisasi mempunyai hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi. Pace dan Faules (1994) menyatakan bahawa komunikasi dua hala jenis terbuka, jelas dan saling mempercayai akan dapat mempengaruhi darjah komitmen seseorang pekerja terhadap organisasinya. Ini adalah kerana apabila, seseorang pekerja menerima maklumbalas yang positif tentang sifat pekerjaan di organisasi dan prestasinya dengan persetujuan pihak atasan, seseorang pekerja itu akan mempunyai darjah komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaannya dan organisasinya.
Kepuasan kerja juga adalah merupakan orentasi individu yang positif terhadap peranan kerja yang di pegang pada satu-satu masa. Peranan pekerjaan yang di maksudkan ialah bidang pekerjaan yang disukai atau diminati berbanding dengan bidang pekerjaan yang dilakukan kerana terpaksa dan yang tidak disukai. Oleh itu, kepuasan kerja adalah hasil daripada pelbagai sikap yang dimiliki oleh seseorang pekerja terhadap pekerjaannya.
HASIL KAJIAN
Pengkaji mendapat hubungan komunikasi, kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen organisasi merupakan pembolehubah yang penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pengkaji juga melihat kepada hubungan komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan pekerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam kajian ini, hubungan jenis komunikasi ( komunikasi keatas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi juga dikaji dengan lebih mendalam.
Hasil kajian mendapati, semakin tinggi darjah komunikasi ke atas semakin tinggi tahap kepuasan kerja. Komunikasi keatas membolehkan pekerja diberi peluang untuk mengemukakan persoalan atau menyumbangkan cadangan dalam urusan organisasi. Ini dapat melahirkan reaksi efektif yang positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen kepada organisasi dikalangan pekerja. Memandangkan kepentingan pengaruh pihak atasan, menyebabkan pekerja cenderung menghantar serta mengubahsuai mesej atau maklumat supaya menjadi sesuatu maklumat yang ingin didengar oleh pihak atasan.
Manakala semakin kerap berlaku process komunikasi mendatar, maka semakin tinggi pencapaian kepuasan kerja di kalangan pekerja dalam organisasi. Komunikasi mendatar yang di maksudkan berlaku diantara rakan sekerja. Hasil daripada berkomunikasi antara pekerja, hubungan yang erat dapat diwujudkan antara rakan-rakan sekerja. Ini akan menjadi pendorong kepada pekerja-pekerja untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan sekerja. Pentingnya komunikasi mendatar ini adalah dapat menyelesaikan masalah pada peringkat awal dan peringkat konflik. Komunikasi mendatar merupakan pengganti komunikasi keatas dan komunikasi kebawah. Komunikasi mendatar ini menyebabkan hubungan persahabatan dan membolehkan rakan sekerja saling memberi sokongan interpersonal.
Komunikasi kebawah merupakan jenis komunikasi yang paling asas dalam sesebuah organisasai kerana fungsi utamanya adalah memberitahu serta memberi arahan tentang sesuatu kerja. Menurut Level (1970) kepuasan kerja berkurang jika pekerja sentiasa tidak mendapat maklumat yang mencukupi dan releven. Maka itu, amat penting komunikasi dua hala antara pekerja dengan penyelia. Kegagalan organisasi dalam mewujudkan process yang berkesan antara penyelia dan pekerja boleh mengakibatkan ketidakpuasan kerja dikalangan pekerja. Process komunikasi yang terbuka diantara penyelia dengan pekerja akan menjadikan pekerja lebih berkeyakinan dan membantu memberi sumbangan kepada organisasi dan member kebaikan kepada organisasi. Komunikasi terbuka akan mengurangkan jurang diantara pekerja dan pihak pengurusan dan seterusnya meningkatkan kepuasan kerja dikalangan pekerja bawahan.
Seorang penyelia jenis gatekeeper iaitu jenis penyelia yang pandai menjalinkan hubungan komunikasi dalaman dan luaran yang tinggi, akan menyebabkan jumlah peralihan kerja yang rendah dan jumlah kenaikan pangkat yang tinggi dikalangan pekerja bawahan yang berkelayakan. Kesimpulannya, hubungan komunikasi di antara penyelia dengan pekerja bawahan penting untuk menentukan tahap komitmen seseorang pekerja sehingga mempengaruhi pekerja bawahan untk mengambil keputusan bekerja atau kekal dalam organisasi.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siginifikan di antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja dan hubungan di antara kepuasan kerja dengan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Apabila tahap kepuasan kerja di kalangan pekerja tinggi, secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi. Amat penting untuk organisasi bagi melihat tentang process-process komunikasi yang bersesuaian untuk di beri perhatian bagi meningkatkan lagi kepuasan kerja, prestasi kerja dan tahap komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Kajian ini juga dapat membentuk organisasi mengenalpasti masalah dan memahami hubungan manusia dan kemanusiaan di tempat kerja dan seterusnya dapat membantu organisasi membentuk hubungan positif dengan pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.
ulasan bahasa
JURNAL BAHASA DAN SASTERA
BAHASA DAN PEMIKIRAN DALAM PERIBAHASA MELAYU
PENGENALAN
Artikel jurnal ini menyatakan tentang pemikiran Melayu yang di sampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai social, nilai moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekaligus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitan dengan metafizik, epistimologi, etika, logic, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Hasil kajian mendapati, peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam (logic), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian ini juga membuktikan terhadap hubungan Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Dengan itu, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.
DAPATAN KAJIAN
Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dalam kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, peciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur social bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti. Peribahasa Melayu telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu. Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Hipotesis Sapir-Whorf menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Cara seseorang berfikir dan dalam bahasanya tergambar menerusi pengunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas.
Bahasa merupakan keupayaan manusia untuk berhubung antara satu sama lain termasuk dari aspek potensi untuk kita mengerti dan memahami persoalan yang dimaksudkan. Bahasa juga berperanan sebagai unsur yang dapat membezakan antara makhluk yang terdapat di muka bumi ini. Menurut Bloch dan Trager (1942) menyatakan Bahasa ialah system lambing-lambang pertuturan yang abitratari dan digunakan oelh anggota masyarakat untuk tujuan berhubung. Manakala Sapir (1921) mendefinasikan Bahasa sebagai sifat naluri yang bertujuan untuk menyampaikan idea, perasaan, dan emosi melalui lambang-lambang atau symbol-simbol tertentu yang dilahirkan atau digunakan
Bahasa menunjukkan bangsa menjelaskan tentang hubungan intrinsik antara bahasa dan sikap, pemikiran dan pemikiran dan perilaku sesuatu bangsa itu yang dapat diidentifikasi melalui pemakaian bahasa termasuklah peribahasa. Bahasa melalui peribahasa boleh terpacar melalui peribahasa yang disampaikan dari persepsi , pemikiran dan penuturnya . Contohnya seperti peribahasa “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah” menonjolkan persepsi dan pemikiran tentang persengketaan antara dua pemerintah atau kuasa besar yang temak dan perebutan kuasa yang boleh menyebabkan rakyat terkorban. Keutuhan makna yang diungkapkan dalam peribahasa tersebut merupakan makna santun kebahasaan dan mempunyai kaitan dengan pemikiran penutur yang menggunakan peribahasa tersebut dalam agenda komunikasi mereka. Bahasa adalah wahana yang mendasari tindakan manusia untuk melakukan kehidupan social. Sementara Bahasa apabila digunakan dalam konteks komunikasi akan terikat dengan budaya secara berlapis dan rumit. Dengan makna lainnya, Bahasa mengungkapkan elemen budaya, Bahasa mewujudkan elemen budaya dan Bahasa melambangkan entity budaya.
KESIMPULANNYA
Peribahasa Melayu menyingkapkan secara tersurat dan tersirat akan pemikiran Melayu yang keriatif dalam falsafah untuk mengungkapkan perasaan, idea, pandangan, nasihat, pengajaran dan sebagainy. Dalam hal ini peribahasa adalah entity mental yang wujud dalam pemikiran setiap individu. Walaupun melalui penggunaan Bahasa yang ringkas, tetapi mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Peribahasa juga adalah merupakan konsep dalam pemikiran bangsa Melayu yang merujuk kepada objek dan perlakuan secara benar dan bersifat objektif. Peribahasa Melayu merupakan satu susunan Bahasa yang menarik, indah, berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Peribahasa juga diungkapkan dengan menggunakan bahasa dengan bersumberkan alam flora, alam fauna, alam benda dan alam semesta bagi menyampaikan teladan, pebandingan, pengajaran, sejarah, nilai dan peraturan hidup dan sebagainya untuk menyampaikan pengertian yag sangat mendalam. Dengan beberapa kata berangkap, peribahasa diungkapkan bagi mengambarkan budaya berbahasa dan pemikiran tinggi bangsa Melayu. Maka dengan itu, penelitian terhadap peribahasa Melayu boleh dijelaskan bahawa bahasa tidak hanya menentukan kebudayaan tetapi juga menetukan pola pemikiran bangsa Melayu. Hubungan antara Bahasa dan kebudayaan yang begitu erat ini terjadi dalam kehidupan lahiriah dan batiniah.
Subscribe to:
Comments (Atom)






