Thursday, January 12, 2017
gunung baling
Keindahan alam ciptaan Ilahi menyimpan seribu satu rahsia untuk manusia jelajahi dan belajar
Selamat Datang ke Gunung Baling
Gunung Jerai di gurun kedah,Gunung Bintang di sedim kedah dan Gunung bubu di kuala kangsar perak adalah antara gunung yang pernah saya daki. Setiap gunung mempunyai kisah dan keunikan yang tersendiri. Keindahan flora dan fauna yang memukau mata setiap “hikers” menjadikan para pendaki tidak jemu untuk mendaki lagi. Ada yang mengatakan “alah dari mendaki gunung lebih baik duduk di rumah saja”. Tetapi bagi pendaki gunung ungkapan seumpama itu tidak mematahkan semangat kental bagi meneroka puncak tertinggi gunung.
Gunung baling juga antara gunung yang pernah saya daki. Gunung baling terletak di baling kedah dengan ketinggian hanya 420 meter dari aras laut. Gunung baling mempunyai keunikan tersendiri di mana pemandangan 360 darjah amat memukau mata pendaki.
Pengangkutan
Anda boleh memandu sendiri ke kaki Gunung Baling kerana di kaki gunung baling terdapat tempat meletak kenderaan yang luas dengan kemudahan tandas. Jarak perjalanan dari pekan baling hanya memakan masa l/kurang 5 minit sahaja
Sebelum Pendakian
Sebelum mendaki jangan lupa senaman panaskan badan. Pastikan anda memilih pakaian yang sesuai kerana anda semua mesti tidak mahu mengalami kecederaan semasa mendaki kerana trek di Gunung Baling Agak licin terutamanya pada hari hujan. Pastikan kasut yang di pakai adalah dari yang jenis tahan lasak. Kasut yang saya gunakan adalah dari jenis getah dan boleh di beli di kedai yang berada di pekan baling dengan harga bermula dari rm 6.00 ke rm 10.00
Semasa pendakian
Masa pendakian bergantung kepada individu. Ada sesetengah mendaki seawal jam 3 pagi dan ada pula yang mendaki pada jam 9 pagi. Bagi kebanyakan orang yang baru mencuba untuk mendaki gunung baling ini, masa perjalanan adalah di antara 2 setengah jam hingga 3 jam bergantung kepada stamina masing masing. Jadi sebelum memulakan pendakian pastikan stamina adalah cukup bagi mengelakkan tersandar di tengah perjalanan. Hendaklah membawa bekalan air yang mencukupi bagi mengelakkan dahaga kerana di sepanjang treck Gunung Baling tidak terdapat punca air untuk di minum. Sepanjang pendakian anda akan melihat keindahan flora dan fauna di mana terdapat pelbagai jenis pokok yang ada di sepanjang treck. Juga terdapat sebuah gua yang di namakan Gua Kambing bagi penduduk setempat. Bagi penggemar fotografi amatlah di galakkan untuk datang ke gunung ini kerana anda pasti tidak kecewa.
Keindahan ilahi
Apabila sampai di puncak adalah yang paling menggembirakan para pendaki. Segala penat lelah mendaki selama 2 jam hilang sekelip mata apabila melihat keindahan yang memukau mata memandang. Keunikan gunung baling adalah kerana gunung ini seperti di potong separuh. Menurut cerita orang dulu dulu, Gunung Baling ini sebenarnya adalah gunung berapi. Akan tetapi telah lama tidak aktif dan akhirnya telah di tutupi oleh pokok pokok. Ada juga pendapat yang mengatakan gunung baling ini terjadi akibat hakisan air di bawah tanah yang menyebabkan separuh dari gunung ini terjatuh ke bawah. Apapun hanya Maha Pencipta sahaja yang mengetahui rahsianya.
Tips:
Hati hati semasa mendaki kerana treck yang licin dan berbatu.
Sentiasa menjaga stamina yang tinggi semas amendaki.
Digalakkan dating pada hari minggu kerana orang lebih ramai dari hari biasa
Apa lagi? Jom mendaki……..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment