Thursday, January 12, 2017

ulasan komunikasi

JURNAL KOMUNIAKSI HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA. PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi dikalangan pekerja. Tujuan komunikasi organisasi adalah untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat pada waktu kepada ahli-ahli dalam organisasi supaya meningkatkan prestasi organisasi. Menurut Pincus (1986), komunikasi ke atas, mendatar dan komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang kuat dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ke atas diperlukan pihak atasan supaya cadangan daripada pekerja bawahan dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan organisasi. Maklumat yang benar dan tepat pada waktu daripada pekerja bawahan juga dapat membantu pihak atasan menyelesaikan konflik organisasi dan membuat keputusan yang tepat dalam menjalankan organisasi. Komunikasi kebawah juga diperlukan oleh pekerja bawahan supaya mendapat maklumat yang tepat dan jelas tentang tugas untuk melaksanakan tugas organisasi dengan berjaya. Komunikasi adalah merupakan aspek dan elemen penting dalam kefungsian sesebuah organisasi. Keberkesanan komunikasi dan keberkesanan organisasi mempunyai hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi. Pace dan Faules (1994) menyatakan bahawa komunikasi dua hala jenis terbuka, jelas dan saling mempercayai akan dapat mempengaruhi darjah komitmen seseorang pekerja terhadap organisasinya. Ini adalah kerana apabila, seseorang pekerja menerima maklumbalas yang positif tentang sifat pekerjaan di organisasi dan prestasinya dengan persetujuan pihak atasan, seseorang pekerja itu akan mempunyai darjah komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaannya dan organisasinya. Kepuasan kerja juga adalah merupakan orentasi individu yang positif terhadap peranan kerja yang di pegang pada satu-satu masa. Peranan pekerjaan yang di maksudkan ialah bidang pekerjaan yang disukai atau diminati berbanding dengan bidang pekerjaan yang dilakukan kerana terpaksa dan yang tidak disukai. Oleh itu, kepuasan kerja adalah hasil daripada pelbagai sikap yang dimiliki oleh seseorang pekerja terhadap pekerjaannya. HASIL KAJIAN Pengkaji mendapat hubungan komunikasi, kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen organisasi merupakan pembolehubah yang penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pengkaji juga melihat kepada hubungan komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan pekerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam kajian ini, hubungan jenis komunikasi ( komunikasi keatas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi juga dikaji dengan lebih mendalam. Hasil kajian mendapati, semakin tinggi darjah komunikasi ke atas semakin tinggi tahap kepuasan kerja. Komunikasi keatas membolehkan pekerja diberi peluang untuk mengemukakan persoalan atau menyumbangkan cadangan dalam urusan organisasi. Ini dapat melahirkan reaksi efektif yang positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen kepada organisasi dikalangan pekerja. Memandangkan kepentingan pengaruh pihak atasan, menyebabkan pekerja cenderung menghantar serta mengubahsuai mesej atau maklumat supaya menjadi sesuatu maklumat yang ingin didengar oleh pihak atasan. Manakala semakin kerap berlaku process komunikasi mendatar, maka semakin tinggi pencapaian kepuasan kerja di kalangan pekerja dalam organisasi. Komunikasi mendatar yang di maksudkan berlaku diantara rakan sekerja. Hasil daripada berkomunikasi antara pekerja, hubungan yang erat dapat diwujudkan antara rakan-rakan sekerja. Ini akan menjadi pendorong kepada pekerja-pekerja untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan sekerja. Pentingnya komunikasi mendatar ini adalah dapat menyelesaikan masalah pada peringkat awal dan peringkat konflik. Komunikasi mendatar merupakan pengganti komunikasi keatas dan komunikasi kebawah. Komunikasi mendatar ini menyebabkan hubungan persahabatan dan membolehkan rakan sekerja saling memberi sokongan interpersonal. Komunikasi kebawah merupakan jenis komunikasi yang paling asas dalam sesebuah organisasai kerana fungsi utamanya adalah memberitahu serta memberi arahan tentang sesuatu kerja. Menurut Level (1970) kepuasan kerja berkurang jika pekerja sentiasa tidak mendapat maklumat yang mencukupi dan releven. Maka itu, amat penting komunikasi dua hala antara pekerja dengan penyelia. Kegagalan organisasi dalam mewujudkan process yang berkesan antara penyelia dan pekerja boleh mengakibatkan ketidakpuasan kerja dikalangan pekerja. Process komunikasi yang terbuka diantara penyelia dengan pekerja akan menjadikan pekerja lebih berkeyakinan dan membantu memberi sumbangan kepada organisasi dan member kebaikan kepada organisasi. Komunikasi terbuka akan mengurangkan jurang diantara pekerja dan pihak pengurusan dan seterusnya meningkatkan kepuasan kerja dikalangan pekerja bawahan. Seorang penyelia jenis gatekeeper iaitu jenis penyelia yang pandai menjalinkan hubungan komunikasi dalaman dan luaran yang tinggi, akan menyebabkan jumlah peralihan kerja yang rendah dan jumlah kenaikan pangkat yang tinggi dikalangan pekerja bawahan yang berkelayakan. Kesimpulannya, hubungan komunikasi di antara penyelia dengan pekerja bawahan penting untuk menentukan tahap komitmen seseorang pekerja sehingga mempengaruhi pekerja bawahan untk mengambil keputusan bekerja atau kekal dalam organisasi. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siginifikan di antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja dan hubungan di antara kepuasan kerja dengan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Apabila tahap kepuasan kerja di kalangan pekerja tinggi, secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi. Amat penting untuk organisasi bagi melihat tentang process-process komunikasi yang bersesuaian untuk di beri perhatian bagi meningkatkan lagi kepuasan kerja, prestasi kerja dan tahap komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Kajian ini juga dapat membentuk organisasi mengenalpasti masalah dan memahami hubungan manusia dan kemanusiaan di tempat kerja dan seterusnya dapat membantu organisasi membentuk hubungan positif dengan pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

No comments:

Post a Comment