Thursday, January 12, 2017

ulasan bahasa

JURNAL BAHASA DAN SASTERA BAHASA DAN PEMIKIRAN DALAM PERIBAHASA MELAYU PENGENALAN Artikel jurnal ini menyatakan tentang pemikiran Melayu yang di sampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai social, nilai moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekaligus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitan dengan metafizik, epistimologi, etika, logic, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Hasil kajian mendapati, peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam (logic), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian ini juga membuktikan terhadap hubungan Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Dengan itu, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling. DAPATAN KAJIAN Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dalam kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, peciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur social bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti. Peribahasa Melayu telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu. Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Hipotesis Sapir-Whorf menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Cara seseorang berfikir dan dalam bahasanya tergambar menerusi pengunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas. Bahasa merupakan keupayaan manusia untuk berhubung antara satu sama lain termasuk dari aspek potensi untuk kita mengerti dan memahami persoalan yang dimaksudkan. Bahasa juga berperanan sebagai unsur yang dapat membezakan antara makhluk yang terdapat di muka bumi ini. Menurut Bloch dan Trager (1942) menyatakan Bahasa ialah system lambing-lambang pertuturan yang abitratari dan digunakan oelh anggota masyarakat untuk tujuan berhubung. Manakala Sapir (1921) mendefinasikan Bahasa sebagai sifat naluri yang bertujuan untuk menyampaikan idea, perasaan, dan emosi melalui lambang-lambang atau symbol-simbol tertentu yang dilahirkan atau digunakan Bahasa menunjukkan bangsa menjelaskan tentang hubungan intrinsik antara bahasa dan sikap, pemikiran dan pemikiran dan perilaku sesuatu bangsa itu yang dapat diidentifikasi melalui pemakaian bahasa termasuklah peribahasa. Bahasa melalui peribahasa boleh terpacar melalui peribahasa yang disampaikan dari persepsi , pemikiran dan penuturnya . Contohnya seperti peribahasa “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah” menonjolkan persepsi dan pemikiran tentang persengketaan antara dua pemerintah atau kuasa besar yang temak dan perebutan kuasa yang boleh menyebabkan rakyat terkorban. Keutuhan makna yang diungkapkan dalam peribahasa tersebut merupakan makna santun kebahasaan dan mempunyai kaitan dengan pemikiran penutur yang menggunakan peribahasa tersebut dalam agenda komunikasi mereka. Bahasa adalah wahana yang mendasari tindakan manusia untuk melakukan kehidupan social. Sementara Bahasa apabila digunakan dalam konteks komunikasi akan terikat dengan budaya secara berlapis dan rumit. Dengan makna lainnya, Bahasa mengungkapkan elemen budaya, Bahasa mewujudkan elemen budaya dan Bahasa melambangkan entity budaya. KESIMPULANNYA Peribahasa Melayu menyingkapkan secara tersurat dan tersirat akan pemikiran Melayu yang keriatif dalam falsafah untuk mengungkapkan perasaan, idea, pandangan, nasihat, pengajaran dan sebagainy. Dalam hal ini peribahasa adalah entity mental yang wujud dalam pemikiran setiap individu. Walaupun melalui penggunaan Bahasa yang ringkas, tetapi mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Peribahasa juga adalah merupakan konsep dalam pemikiran bangsa Melayu yang merujuk kepada objek dan perlakuan secara benar dan bersifat objektif. Peribahasa Melayu merupakan satu susunan Bahasa yang menarik, indah, berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Peribahasa juga diungkapkan dengan menggunakan bahasa dengan bersumberkan alam flora, alam fauna, alam benda dan alam semesta bagi menyampaikan teladan, pebandingan, pengajaran, sejarah, nilai dan peraturan hidup dan sebagainya untuk menyampaikan pengertian yag sangat mendalam. Dengan beberapa kata berangkap, peribahasa diungkapkan bagi mengambarkan budaya berbahasa dan pemikiran tinggi bangsa Melayu. Maka dengan itu, penelitian terhadap peribahasa Melayu boleh dijelaskan bahawa bahasa tidak hanya menentukan kebudayaan tetapi juga menetukan pola pemikiran bangsa Melayu. Hubungan antara Bahasa dan kebudayaan yang begitu erat ini terjadi dalam kehidupan lahiriah dan batiniah.

No comments:

Post a Comment